Permohonan Tawaran Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) SESI 2009/2010

………………………………………………………………………………………………..….

Untuk maklumat Biasiswa yang lain, sila klik :

For other Scholarships information, please click :

http://www.bumigemilang.com/?cat=6

dan

http://www.bumigemilang.com/

………………………………………………………………………………………..………..

Permohonan Tawaran Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) SESI 2009/2010

Permohonan Tawaran Biasiawa Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2009/2010

Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau Ijazah sarjana muda Sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Malaysia Dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Laman Web  :  http://esilav2.jpa.gov.my/

Tarikh Tutup  :  10-7-2009 (Jumaat).

IPTA/IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  1. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  6. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  7. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Sains Malaysia (USM)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  15. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  16. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  18. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  1. Universiti Multimedia (MMU)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

BIDANG TAJAAN

  • Perubatan
    – Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    – Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    – Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    – Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Ikhtisas
    – Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10-7-2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


About these ads
This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

20 Responses to Permohonan Tawaran Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) SESI 2009/2010

  1. Ng says:

    after i get, do i need to work for government after graduate?

    GEMILANG : No.

  2. agatha says:

    Farmasi students need to apply for it or it is offered automatically?

    GEMILANG : Need to apply.

  3. eeilob says:

    is this for form 5/08 or form 5/09?

  4. Ghazali Mohd Salleh says:

    Adakah permohonan tajaan untuk sesi 2010-2011 telah dibuka dan kalau belum bila ianya dibuka?
    Terima kasih.

  5. mohd nazmi bin ibrahim says:

    i want to ask…when is the application pidn for 2010/2011 is open for matrikulasi graduated students session 2009/2011

  6. LINDA BINTI ABDOL WAHAB says:

    Salam dan Salam sejahtera.
    Permohonan Pinjaman bagi Pengajian Jarak Jauh sesi 2010/2011 adakah ianya dibuka pada tahun sesi ini?
    Terima Kasih.

  7. missf says:

    i want to ask when the application date for graduated matriculation kptm student to apply scholarship for degree years ?

  8. simah says:

    untuk kemasukan julai 2010 ke ipta tak dibuka tawaran biasiswa?

  9. siti hawa abd rani says:

    assalamualaikum,bile biasiswa peringkt diploma nk bkk nkt taun 2010/2011?

  10. faridah says:

    salam sejahtera..
    sy bkl smbung degree disember 2010.
    sekarang sy diploma uitm semester 5.jd,
    bila sy blh apply biasiswa jpa untuk dgree nnt?
    bila permohonan akan keluar?..
    jazakumullah hu gairon kasira..

  11. siti farhana abdul rahman says:

    salam…permohonan tajaan jpa sesi julai 2010/2011 untuk ijazah sarjana muda student da keluar ke??

  12. am says:

    bila buka permohonan biasiswa bagi diploma

  13. penny says:

    wat is the next time for the application of this biasiswa…im only the july2010 intake student.

  14. tedy says:

    bila permohonan diploma syariah bagi kemasukan 2011..
    boleh ke sye membuat permohonan untuk spm 2009??

  15. su says:

    bila tarikh terkini nak apply biasiswa jpa sesi 2011 ni?

  16. alif says:

    how to apply jpa scholarship 2011?

  17. skma6232 says:

    I cannot find any SASTERA.. There is only SASTERA ikhtisas == how come~

  18. Anonymous says:

    do we need to interview or just apply???

  19. que says:

    do we need to interview or just apply ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s