Kemasukan Program Matrikulasi Lepasan SPM 2008

Sebanyak 27,500 tempat ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 bagi kemasukan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran sesi akademik 2009/2010, meningkat 1,500 pelajar berbanding tahun lalu.

Jumlah itu termasuk kira-kira 600 kumpulan pertama akan ditawarkan memasuki tiga Kolej Matrikulasi baru di Pendang, Kedah; Jengka, Pahang dan Pontian, Johor yang masing-masing mampu menampung pengambilan 200 pelajar.

Pembukaan kolej baru itu selaras peningkatan permohonan setiap tahun di Kolej Matrikulasi yang dikenal pasti antara pilihan utama lulusan cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran.

Kolej baru itu akan menawarkan jurusan kejuruteraan atau teknikal dengan syarat kelayakan minimum ditetapkan ialah pencapaian 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik atau 4B Teknikal Kejuruteraan, selain 4B Matematik Tambahan.

Bagi program jurusan sains dan perakaunan, tiada perubahan syarat dikenakan, bagaimanapun pemilihan pelajar tetap kompetitif berdasarkan sistem merit keputusan SPM masing-masing, sekali gus menentukan kelayakan calon sama ada memasuki Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT).

Syarat sedia ada menetapkan lulusan SPM yang ingin mengikuti program matrikulasi jurusan Sains, mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Kimia, selain 4B Matematik.

Bagi jurusan Perakaunan pula, syarat minimumnya ialah memperoleh 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta mana-mana dua subjek Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan/Lukisan Kejuruteraan, selain 7D Matematik Tambahan.

Bagi pelajar yang ditawarkan PST, mereka dibenarkan membuat pilihan memasuki PDT sekiranya mahu sebelum sesi pengajiannya bermula.

Bagaimanapun mereka perlu terlebih dulu mendaftarkan diri bagi mengikuti PST. Sebaliknya, calon yang memperoleh tawaran memasuki PDT tidak boleh bertukar kepada program setahun.

Selain tiga kolej matrikulasi baru, pelajar terpilih akan ditempatkan di sembilan Kolej Matrikulasi iaitu di Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Perak, Kedah dan Pahang serta Kolej Mara Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang, di Kedah.

Semua kolej menawarkan PST dan PDT kecuali Kolej Matrikulasi Perlis, dua Kolej Mara yang hanya mengendalikan PST.

Dalam perkembangan berkaitan, pembinaan Kolej Matrikulasi Selangor kini mencapai tahap 40 peratus dan dijangka siap menjelang 2010 dengan keupayaan menampung kapasiti 3,000 pelajar.

Bagi Kolej Matrikulasi di Kelantan dan Terengganu, proses reka bentuk sudah pun siap namun kos bagi pembinaannya masih lagi dalam proses rundingan.

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in IPTA / Kolej / University, Matrikulasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s