Lebih Banyak Biasiswa untuk Pelajar Cemerlang Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan

Lebih Banyak Biasiswa untuk Pelajar Cemerlang Melanjutkan Pelajaran di Universiti Tempatan

PUTRAJAYA 16 Feb. – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran akan berbincang untuk menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan berbanding dihantar ke luar negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, ini berikutan timbul rungutan daripada empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia yang mahu pelajar cemerlang dikekalkan di universiti tempatan.

”Kita kena duduk semeja dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk meneliti perkara ini supaya formula terbaik boleh dihasilkan.

”Ini kerana kita faham bahawa kebanyakan pelajar cemerlang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan tidak mahu berada di universiti tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis bersama media sempena sambutan Jubli Intan JPA di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau berkata, walaupun keadaan ekonomi global semakin mencabar, pihaknya tidak pula menerima sebarang arahan untuk menurunkan jumlah biasiswa yang ditawarkan JPA.

”Sehingga hari ini, jumlah biasiswa yang ditawarkan JPA tetap sama dengan tahun sebelumnya,” katanya.

Ismail berkata, biasiswa JPA hanya akan ditawarkan kepada pelajar yang benar-benar cemerlang sama ada dari segi akademik dan aktiviti kokurikulum.

”Hanya calon yang benar-benar cemerlang akan dipanggil untuk ditemu ramah oleh panel khas yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dan hanya mereka yang betul-betul layak akan diberi biasiswa,” katanya.

Mengenai masalah penerima biasiswa JPA yang enggan pulang untuk berkhidmat di negara asal, Ismail berkata, majoriti pelajar tersebut adalah terdiri daripada siswazah perubatan.

”Terdapat kira-kira 200 penerima biasiswa yang enggan pulang berkhidmat di negara asal dan majoritinya adalah terdiri daripada siswazah perubatan dari United Kingdom dan Ireland.

”Kebanyakan mereka tertarik dengan peluang kerjaya yang baik di luar negara dan enggan pulang untuk berkhidmat di negara asal,” katanya.

Beliau berkata, usaha akan dijalankan untuk mencari golongan pelajar ini bagi memastikan mereka pulang berkhidmat di negara asal atau membayar balik biasiswa yang diberikan oleh kerajaan.

”Kerajaan telah menetapkan mereka perlu membayar jumlah penuh biasiswa yang ditawarkan JPA dan siswazah perubatan dikehendaki membayar kira-kira RM1 juta jika gagal pulang berkhidmat di negara asal.

”Saya menasihati mereka supaya pulang ke tanah air kerana negara kita khasnya kawasan luar bandar masih kekurangan doktor,” katanya.

(Sumber :  Utusan Malaysia 17-2-2009)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s