Peringatan untuk Menghadiri Temu Duga Biasiswa.

Beberapa peringatan untuk menghadiri temu duga Biasiswa adalah seperti berikut :

1.   Be punctual  :  Harus tiba di pusat temu duga 30 minit lebih awal.

2.   Berpakaian formal dan kemas.

3.   Membuat ‘first impression’ yang baik apabila melangkah masuk ke bilik temu duga. Mesti ada ‘eye contact’ dengan panel temu duga.

4.   Gaya berjalan :  Berjalan dengan penuh yakin, badan tegak, wajah berseri dan mata memandang ke hadapan.

5.   Tunjukkan keikhlasan dan keyakinan diri semasa berjabat tangan (firm handshake) dengan penemu duga (jika diminta).

6.   Temu duga dijalankan secara berkumpulan, biasanya di sebuah bilik. Calon akan diminta untuk memperkenalkan diri.  Pelbagai jenis soalan akan ditanya. Biasanya calon diminta menjawab secara spontan.  Panjang masa temu duga tidak tetap, ada yang lebih panjang dan ada pula yang lebih pendek, bergantung pada panel penemu duga.  Oleh itu, calon dinasihati supaya mempersiapkan diri dengan butiran peribadi yang dapat memperkenalkan diri dengan baik.

7.   Semasa membuat perbincangan dalam kumpulan, semangat bekerjasama dan semangat berpasukan mesti diamalkan.  Calon yang ‘dominant’ dalam sesuatu kumpulan kadangkala tidak disenangi oleh panel penemu duga.  Bertutur dengan bahasa yang  senang difahami.  Gunakan suara yang jelas dan bertutur dengan sopan.  Perkongsian fakta atau hasil perbincangan antara semua ahli dalam kumpulan mesti dibuat. Setiap ahli kumpulan harus diberi peluang untuk bertutur. Semua ahli kumpulan mesti saling membantu demi kebaikan bersama.

8.   Tunjukkan penghargaan anda terhadap panel penemu duga.  Berterima kasih kepada panel penemu duga secara ikhlas apabila temu duga tamat.

9.   Anggap temu duga yang akan dihadiri sebagai satu proses yang akan mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam permohonan Biasiswa.

10.  Yakinkan diri bahawa anda akan menunjukkan prestasi yang baik dalam temu duga Biasiswa kali ini.

Semoga Berjaya.

All the best.   Good Luck !

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s