Rayuan untuk Program Matrikulasi Sesi 2009/2010

Rayuan untuk Program Matrikulasi Sesi 2009/2010

Pemohon yang berkelayakan tetapi gagal dalam permohonan Program Matrikulasi sesi 2009/2010 seharusnya membuat rayuan.  Peluang untuk berjaya dalam rayuan agak tinggi.

Sebilangan pelajar yang berjaya dalam permohohan akan menolak tawaran kemasukan Program Matrikulasi (pengambilan kali pertama) kerana mereka telah ditawarkan biasiswa (luar negara atau tempatan) atau telah melanjutkan pelajaran di IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta).

Setiap tahun terdapat juga sebilangan pelajar yang telah mendaftarkan diri di kolej matrikulasi akan menarik diri pada bulan Mei atau Jun setelah berjaya dalam permohonan biasiswa (luar negara atau tempatan) atau mendapat peluang pengajian lain yang lebih sesuai dengan kehendak mereka.

Kekosongan-kekosongan ini akan diisi oleh pemohon-pemohon yang berjaya dalam rayuan.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 22-5-2009.

Pemohon rayuan yang berjaya (pengambilan kali kedua) akan mendaftarkan diri di kolej matrikulasi dari  25-5-2009  ke  29-5-2009.

Hargailah peluang untuk membuat rayuan supaya dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi !

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in Matrikulasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s