MunsyI (Malaysia University Selection Inventory)

MunsyI (Malaysia University Selection Inventory)

Sebanyak 26,635 orang calon yang memohon untuk memasuki USM bagi sesi akademik 2009/2010 akan menjalani Penilaian Penetapan Khas atau Malaysia University Selection Inventory (MunsyI) pada 18-4-2009 (Sabtu). Hanya 3,5oo orang calon yang akan ditawarkan tempat pengajian di USM. Senarai nama calon yang gagal dipilih akan diserahkan kepada Unit Pemilihan Universiti (UPU) untuk penempatan IPTA yang lain.

Penilaian itu yang merupakan kali pertama seumpamanya dilakukan universiti negara ini merupakan satu kaedah baru untuk memastikan pelajar memilih kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan, bukan hanya berdasarkan kehendak orang lain.

Penilaian itu dilakukan USM dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilakukan di 117 buah pusat di seluruh negara pada hari berkenaan.

Pada tahun 2009, USM juga kali pertama akan memilih pelajar secara terus tanpa melalui Unit Pemilihan Universiti (UPU) seperti tahun-tahun sebelumnya. Langkah ini selaras dengan hala tuju USM sebagai universiti APEX yang memberi USM mandat untuk menguruskan pelajar sendiri.

(Sumber : Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in IPTA / Kolej / University. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s