Program Lepasan SPM / Setaraf IPTA sesi akademik 2009/2010

Program Lepasan SPM / Setaraf IPTA sesi akademik 2009/2010

Pelajar yang berjaya dalam permohonan memasuki Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 akan diberi pilihan untuk memilih satu daripada dua program yang akan ditawarkan kepada mereka.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

Menurut kenyataan itu lagi penawaran dua program itu ialah ekoran persetujuan antara KPT dengan KPM pada September tahun lepas untuk menggunapakai dasar tawaran terbuka bagi calon yang layak.

Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di bawah program itu akan diumumkan pada 1-5-2009 manakala keputusan Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17-4-2009 dan tarikh pendaftaran ke kolej matrikulasi KPM ialah pada 11-5-2009.

Sekiranya seseorang calon mendapat kedua-dua tawaran itu, calon boleh menolak satu daripada tawaran berkenaan dan jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA.

Calon yang tidak mendapat sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan mulai 1-5-2009 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

(Sumber : Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in IPTA / Kolej / University, SPM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s