Tingkatan Enam Bukan Pilihan Terakhir bagi Lepasan SPM

Tingkatan Enam Bukan Pilihan Terakhir bagi Lepasan SPM

Mulai 6-5-2009 (Rabu), pelajar boleh membuat semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Bagi Tahun 2009.  Surat tawaran ini mesti dicetak.

Laman Web : http://www.moe.gov.my

Kemelesetan ekonomi yang dihadapi sekarang akan memberikan kesan kepada bilangan pelajar Tingkatan Enam Bawah tahun 2009. Bilangan pelajar Tingkatan Enam Bawah dijangka bertambah.

Sesetengah pelajar menganggap Tingkatan Enam sebagai pilihan terakhir setelah mereka gagal dalam pelbagai permohonan termasuk program matrikulasi, kursus diploma, kursus perguruan, biasiswa dan sebagainya.

Anggapan ini sebenarnya tidak tepat.  Sijil STPM diiktiraf oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia, termasuk negara-negara maju.  STPM membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara setelah mencapai keputusan STPM yang baik. Selain itu, mereka juga dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara kita dengan memohon pinjaman PTPTN.

Pengalaman belajar dalam Tingkatan Enam juga akan mematangkan fikiran pelajar. Mereka biasanya akan lebih pintar merancang kerjaya masa depan mereka berpandukan minat dan kemampuan diri mereka.

Jangan anggap STPM sebagai peperiksaan yang susah.  Sebenarnya STPM tidak akan dan tidak mungkin mengecewakan pelajar yang rajin dan gigih berusaha.

Ingat, Kerajinan Membawa Kejayaan !

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in SPM, Tingkatan 6. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s