Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (Ijazah Pertama) Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi / Asasi / Setaraf

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (Ijazah Pertama) Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi / Asasi / Setaraf Sesi Akademik 2011/2012

Sila klik :  http://upu.mohe.gov.my/

………………………………………………………………………………………….….……

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010

Semua calon yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2009/2010 boleh menyemak keputusan masing-masing pada 19 Jun 2009 mulai pukul 12.00 tengah hari.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr. Ir. Radin Umar Radin Suhadi berkata, bagaimanapun keputusan itu tidak membabitkan calon yang memohon untuk memasuki Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, ini kerana USM telah mengumumkannya pada 30 Mei lalu selaras dengan statusnya sebagai universiti yang melaksanakan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex).

“JPT hanya mengumumkan calon yang layak memasuki 19 IPTA lain dan senarai calon yang menerima tawaran USM telah digugurkan dari data pangkalan JPT bagi mengelakkan pertindihan tawaran.

“Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui JPT dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM sahaja akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain yang diselaraskan oleh JPT,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penyelarasan pengambilan ke ijazah pertama IPTA sesi akademik 2009/2010 di sini hari ini.

Jumlah permohonan kemasukan kes IPTA, termasuk USM bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/matrikulasi/setaraf adalah 61,027 calon.

Kesemua IPTA itu akan memulakan sesi pengajian akademik masing-masing pada 28 Jun 2009.

(Sumber : Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in IPTA / Kolej / University, Matrikulasi, Semakan Keputusan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s