Pinjaman PTPTN Berdasarkan Tiga Kadar Pendapatan

Jumlah tawaran dan kelulusan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan ibu bapa yang dilaksanakan melalui tiga kadar.Pembiayaan penuh diberikan bagi pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga RM3,000 dan ke bawah; pembiayaan sebahagian diberikan bagi pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga RM3,001 – RM5,000 dan pembiayaan yuran sahaja bagi pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga melebihi RM5,000.

Dasar sedia ada ini adalah bagi membolehkan pembiayaan yang lebih tinggi diberikan kepada pelajar di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan lebih memerlukan.

Sungguh pun demikian, kadar yang ditawarkan ini turut mengambil kira bilangan tanggungan keluarga iaitu RM150 seorang di mana had pendapatan yang diambil kira adalah setelah ditolak tanggungan.

Dalam hal ini, pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga pelajar IPTA setelah ditolak tujuh orang tanggungan masih melayakkan beliau untuk ditawarkan pembiayaan pada kadar yuran.

Pengeluaran wang pembiayaan kepada pelajar dibuat secara kredit terus ke akaun pelajar.

Melalui kaedah ini PTPTN akan mengemukakan maklumat pengeluaran pembiayaan kepada pihak bank.

Pada masa yang sama pihak IPTA akan berurusan dengan pihak bank berkenaan jumlah yuran yang perlu didebitkan daripada akaun pelajar yang berkenaan.

Bagi mempastikan pelajar menyedari bahawa PTPTN telah mengeluarkan wang pembiayaan, PTPTN telah meletakkan syarat bahawa walau apa jua jumlah yuran yang akan didebit, baki di akaun pelajar hendaklah sekurang-kurangnya RM100.

Ingin ditekankan di sini bahawa sememangnya pembiayaan ‘kadar yuran’ yang diberikan kepada pelajar adalah untuk menampung kos yuran pengajian.

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan pelajar IPTA juga, keperluan yuran beliau sekarang telah meningkat kepada RM2,300 setiap semester (RM13,800 untuk 6 semester).

PTPTN akan menyemak maklumat mengenai kenaikan yuran yang dimaklumkan oleh pelajar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Apabila dilihat daripada aspek keseluruhan pendapatan purata masyarakat, kaedah penetapan kadar yang dilaksanakan adalah bersesuaian.

Dalam pada itu, PTPTN boleh mempertimbangkan permohonan kenaikan kadar sekiranya pelajar membuktikan keperluan dengan mengemukakan dokumen yang disahkan seperti slip gaji ibu/bapa/penjaga, salinan surat beranak untuk anak-anak dalam tanggungan, salinan surat pengesahan sakit, salinan surat pemberhentian kerja, pencen dan sebagainya.

PTPTN sentiasa berusaha melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin agar perkhidmatan yang disampaikan dapat memenuhi kehendak kesemua lapisan masyarakat berlandaskan peraturan yang ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi PTPTN di talian 03-20927788 atau layari laman web  www.ptptn.gov.my

(Sumber : Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************

This entry was posted in Pinjaman / Loans. Bookmark the permalink.

One Response to Pinjaman PTPTN Berdasarkan Tiga Kadar Pendapatan

  1. mohamad fathudden says:

    870910-03-5181
    saya ingin semak kadar kenaikan kadar ptptn yang saya buat sama ada berjaya atau sebalik nya..harap dapat bantu
    terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s