PTPTN: RM35.5 Juta Disediakan untuk Lepasan SPM

PTPTN:  RM35.5 Juta Disediakan untuk Lepasan SPM

KUALA LIPIS 12 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan wang pendahuluan sebanyak RM35.5 juta kepada 23,178 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mendapat pinjaman.

Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamed Shahrom Osman berkata, pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran belajar di institut pengajian tinggi (IPT) dan layak mendapat wang pendahuluan itu boleh mendapatkan bayaran tersebut mulai 16 Jun ini.

”Pelajar-pelajar boleh membuat semakan dan mendapatkan bayaran tunai menerusi semua cawangan Bank CIMB di seluruh negara.

”Gunakan wang pendahuluan ini sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran dan sara hidup semasa tinggal berjauhan dengan keluarga di kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penyerahan Wang Pendahuluan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan Parlimen Lipis, di sini kelmarin.

Menurut Mohamed Shahrom, hasil kajiannya sebelum ini mendapati segelintir pelajar sering menyalahgunakan wang pendahuluan tersebut termasuk pinjaman keseluruhan PTPTN.

”Selain motosikal, terdapat pelajar membeli telefon bimbit dan peralatan komunikasi yang canggih sehingga mencecah ribuan ringgit.

”Bukan tidak boleh beli, belilah peralatan keperluan yang penting untuk pengajian dan selebihnya wajar menabung persediaan waktu kecemasan,” ujarnya.

(Sumber : Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Pinjaman / Loans. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s