8,200 Orang Bakal Mengikuti Kursus Perguruan Tahun 2009

8,200 Orang Bakal Mengikuti Kursus Perguruan Tahun 2009

Kira-kira 8,200 orang bakal guru dari seluruh negara akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,000 bakal guru akan mengikuti KPLI yang bermula bulan ini.

Seramai 1,200 daripada 2,000 orang adalah dari Sabah dan Sarawak manakala 800 orang lagi dari Semenanjung. Jumlah dari Sabah dan Sarawak lebih tinggi bagi mengisi kekosongan guru di pedalaman dua negeri itu.

Sementara 6,200 orang lagi yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM akan mula mendaftar pada Julai ini. Pengambilan ini pun kita lebih diutamakan pemohon dari Sabah dan Sarawak.

Pihak kementerian menerima 97,000 permohonan daripada mereka yang berminat menjadi guru melalui kursus itu tetapi hanya 6,200 permohonan sahaja diterima.

Menurutnya, pengambilan untuk dua kursus tersebut pada kali ini lebih mengutamakan pemohon lelaki berikutan kekurangan guru lelaki di seluruh negara selain pemohon dari Malaysia Timur.

Pengisian kekosongan guru di pedalaman Sabah dan Sarawak akan diisikan dengan pengambilan ini yang dilakukan secara berperingkat, dianggarkan 12,035 guru berkhidmat di pedalaman seluruh negara.

Dalam pada itu, sekolah-sekolah di Sabah masih lagi mengalami kekurangan guru-guru yang mengajar program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF).

Kekurangan tersebut akan cuba diatasi dan pada masa kini guru-guru dari Semenanjung ditukarkan ke negeri ini bagi memenuhi keperluan berkenaan.

Mengenai bantahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap cadangan kementerian untuk memanjangkan tempoh KPLI dari enam bulan kepada setahun enam bulan, beliau berkata, perkara itu masih dalam peringkat kajian.

(Sumber :  Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Perguruan / KPLSPM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s