Biasiswa JPA 2009 : Pelajar Cemerlang Bukan Bumiputera Paling Ramai

Biasiswa JPA 2009 : Pelajar Cemerlang Bukan Bumiputera Paling Ramai

Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding dengan pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberikan jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa.

Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari 2009 memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu : Kecemerlangan akademik

– Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.
– Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.

Kategori Dua :  Populasi kaum

– Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.
– Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga :  Bumiputera Sabah dan Sarawak

– Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.
– Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Kategori Empat :  Golongan ketidakupayaan sosial

– Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.
– Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

(Sumber :  Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

One Response to Biasiswa JPA 2009 : Pelajar Cemerlang Bukan Bumiputera Paling Ramai

  1. LnddMiles says:

    Great post! I’ll subscribe right now wth my feedreader software!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s