40,366 Pemohon Ditawarkan Tempat Di IPTA Bagi Sesi Akademik 2009/2010

40,366 Pemohon Ditawarkan Tempat Di IPTA Bagi Sesi Akademik 2009/2010

Seramai 4,424 calon yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebahagian daripada 40,366 pemohon yang berjaya dalam pemilihan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata kesemua calon berkenaan berjaya melepasi sesi pemilihan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) jabatan berkenaan.

Beliau berkata mereka adalah antara 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM berikutan kesilapan teknikal pada 29 Mei 2009.

Baki 150 pemohon yang tidak disenaraikan akan dipertimbangkan oleh pihak USM menerusi rayuan kerana pada dasarnya mereka telah melepasi prapenilaian yang dibuat oleh pihak universiti.

Radin Umar berkata 40,366 pemohon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Setaraf (Ijazah Pertama) bagi sesi akademik 2009/2010 di semua IPTA seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 27,829 pemohon terdiri daripada kaum bumiputera manakala 10,116 dan 2,421 calon masing-masing terdiri daripada kaum Cina dan India.

Radin Umar berkata pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing menerusi internet di laman web

(1)   http://jpt.uum.edu.my,

(2)   http://www.jpt.utm.my,

(3)   http://upu.mohe.gov.my,

atau talian hotline 03 88835858

atau talian helpline 03 88835848

atau SMS dengan menaip

UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan hantar ke 15888

Beliau berkata kesemua surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai hari ini dan calon diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari atau sebelum 25 Jun.

Calon yang tidak membuat sebarang pengesahan sebelum atau pada tarikh itu dianggap sebagai telah menolak tawaran dan tidak akan diberi tempat di IPTA.

(Sumber  :  Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in IPTA / Kolej / University. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s