Akademi Penerbangan Di Kuala Terengganu

Akademi Penerbangan Di Kuala Terengganu

Kolej Islam dan Teknologi (KIST) mencipta sejarah tersendiri daripada bidang pendidikan perubatan kepada bidang latihan penerbangan, melalui penubuhan KIST Aviation Academy Sdn Bhd (KISTAA) dengan pelaburan RM20 juta.

Presiden KIST, Muhammad Zamly Abdullah berkata Kist kini mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam bidang pendidikan dengan menawarkan kursus penerbangan Lesen Juruterbang Komersial dengan Rating Instrumen (CPL/IR) serta Lesen Pengangkutan Penerbangan.

Peruntukan RM20 juta itu untuk membangunkan akademi ini termasuk kos untuk menyediakan tapak dan pembelian dua pesawat penerbangan, iaitu pesawat TECNAM model P2002 JF jenis satu enjin dan P2006T jenis enjin dua dari Itali.

Kursus dan pengambilan mulai September ini termasuk program latihan penerbangan komersial bertaraf antarabangsa yang akan beroperasi di kampus baru KIST di Kuala Terengganu.

Beliau berkata KISTAA diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada 17 April 2009 bagi mengendalikan kursus ini dan kelulusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 21 April 2009.

Zamly berkata seramai 20 pelajar akan diambil pada pengambilan pertama untuk mengikuti kursus selama 16 bulan dengan latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam termasuk 30 jam latihan simulator.

“Ilmu dan kursus yang akan diberikan sepanjang latihan adalah keperluan utama untuk melahirkan juruterbang yang profesional, berkebolehan dan berkualiti,” katanya.
(Sumber :  Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Berita / News. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s