Biasiswa Nasional Mulai 2010

Biasiswa Nasional Mulai 2010

Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.

Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.

“Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.

Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberi biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat,” katanya.

Najib memberitahu, Biasiswa Nasional tidak diperkenalkan tahun ini berikutan dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kerajaan akan umumkan tahun depan, lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah subjek yang boleh diambil oleh calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihadkan kepada 10 subjek sahaja,” katanya.

Beliau memberitahu, Muhyiddin juga telah diberi mandat untuk menilai semula sistem pendidikan negara kerana pembangunan modal insan ialah pemangkin kepada pembentukan dan perkembangan ekonomi negara.

“Model ekonomi baru yang diperkenalkan juga meletakkan pembangunan modal insan sebagai kriteria utama untuk mewujudkan pendapatan negara yang lebih kukuh,” kata Najib.

(Sumber: Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s