Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) : Modul Teras Latihan Disemak Semula

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) :  Modul Teras Latihan Disemak Semula

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menyemak semula modul teras latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada, kata Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Beliau berkata di mana perlu modul sedia ada akan diubah, ditambah dan sebagainya untuk memberi penambahbaikan serta keberkesanan program PLKN.

“Kita akan membuat cadangan kepada kerajaan mengenainya. Sebenarnya perkara ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet semasa penubuhan PLKN pada 2003 bahawa selepas lima tahun, modul teras latihan perlu disemak semula,” katanya kepada pemberita.

“Namun begitu, kita banyak menerima surat pujian dan mendapat maklum balas positif. Berdasarkan kajian yang kita buat sendiri, semasa tiga bulan latihan PLKN yang melibatkan empat modul teras latihan iaitu dari segi fizikal, kenegaraan, jati diri dan khidmat komuniti, kita dapati setiap peserta mencapai keputusan lebih 85 peratus,” katanya.

Sementara itu, katanya seramai 147,049 peserta akan mengikuti PLKN untuk Siri 7 yang akan bermula pada Januari 2010.

Katanya mereka terdiri daripada 120,000 peserta pilihan, 24,349 dipanggil semula setelah diberi penangguhan dan 2,700 peserta yang sebelum ini engkar menyertai PLKN.

Sehubungan itu, beliau meminta remaja yang lahir pada tahun 1992 untuk menyemak tawaran kepada mereka melalui SMS tidak lewat daripada 1-8-2009 depan.

(Sumber: Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s