Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) : Panel Khas Mengkaji Modul Teras PLKN

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mencadangkan supaya diwujudkan sebuah panel khas bagi mengkaji semula modul teras latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada.Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, cadangan itu selari dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet pada 2003 yang meminta modul berkenaan dikaji semula setiap lima tahun.

”Kajian ini meliputi penelitian semula empat modul teras latihan yang merangkumi aspek latihan fizikal, kenegaraan, jati diri dan khidmat komuniti.

”Langkah ini bertujuan bagi meminda modul program tersebut ke arah penambahbaikan serta keberkesanannya terhadap pelatih,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sehingga kini, kajian hanya dijalankan oleh pihak JLKN.

”Saya berpendapat ia perlu dibuat oleh sebuah badan khas yang dianggotai oleh pihak luar (badan bebas) kerana ia lebih telus dan adil,” jelasnya.

Katanya, JLKN akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak kerajaan dalam tempoh terdekat dan ia juga bertepatan dengan arahan yang baru diterima oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar modul sedia ada disemak semula.

Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, seramai 147,049 peserta akan mengikuti PLKN untuk kemasukan Siri Tujuh yang bermula pada Januari 2010.

”Kesemua mereka ini terdiri daripada 120,000 peserta yang merupakan giliran mereka, 24,349 peserta yang mendapat penangguhan sebelum ini dan 2,700 bagi bilangan peserta yang ingkar tetapi dipanggil semula,” katanya.

Menurutnya, bagi remaja yang lahir pada 1992, mereka diminta untuk menyemak semula status penerimaan kemasukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum 1 Ogos depan sama ada terpilih untuk menyertai PLKN atau tidak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi menjelaskan bahawa beliau telah meminta kira-kira 4,000 anggota yang terdiri daripada komandan dan jurulatih PLKN untuk menyertai pasukan sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

”Ia bertujuan memberi pendedahan serta memantapkan barisan jurulatih dalam mengendalikan program PLKN pada masa depan,” jelasnya.

(Sumber :  Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s