Biasiswa Untuk Mengikuti Pengajian Bahasa Mandarin Di China

Biasiswa Untuk Mengikuti Pengajian Bahasa Mandarin Di China

China menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian bahasa Mandarin di China mulai tahun depan.

Naib Menteri Pelajaran China Prof Hao Ping, yang sedang melakukan lawatan kerja ke Malaysia, berkata biasiswa itu adalah untuk mengikuti program setahun di universiti ulung yang terpilih di China.

Beliau turut menggalakkan masyarakat bukan Cina di Malaysia untuk memohon biasiswa berkenaan.

“Kami berharap masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi kaum Melayu dan India merebut peluang ini bagi mengikuti pengajian bahasa Mandarin. Tawaran akan dibuka tidak lama lagi dan kumpulan pertama pelajar akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan,” katanya.

Beliau berkata selain biasiswa, kerajaan China turut memberikan 100 tempat kepada pelajar Malaysia untuk mengikut pengajian jangka pendek bahasa Mandarin di China.

Terdahulu, Hao dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Chinese Language Council International (Hanban) dan UM bagi menubuhkan Kongzi Institute for the Teaching of Chinese Language di universiti berkenaan.

Mengikut perjanjian itu, Hanban memperuntukkan AS$150,000 geran permulaan kepada institut berkenaan, di samping menyediakan tenaga pengajar dan 3,000 jilid buku serta bahan pengajaran dalam bahasa Mandarin untuk tujuan pembelajaran.

Institut itu dijangka menerima kumpulan pertama pelajar Oktober ini dan permohonan dibuka kepada orang ramai.

“Kami berharap program ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk mempelajari dan menguasai bahasa Mandarin, lebih-lebih lagi ekoran kebangkitan China di arena antarabangsa,” kata Dr Hou.

(Sumber :  BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Biasiswa / Scholarships. Bookmark the permalink.

2 Responses to Biasiswa Untuk Mengikuti Pengajian Bahasa Mandarin Di China

  1. Farah says:

    bila boleh download borang biasiswa ni.

  2. ffatini says:

    saya lepasan spm 2010. biasiswa ini masih ditawarkan x tahun ini? *urgent. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s