100 Buah Sekolah Diberi Taraf Sebagai Sekolah Berprestij Tinggi (SBT).

100 Buah Sekolah Diberi Taraf Sebagai Sekolah Berprestij Tinggi (SBT).

Kementerian Pelajaran akan memilih 100 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara termasuk sekolah harian dan sekolah berasrama penuh untuk diberi taraf sebagai sekolah berprestij tinggi (SBT).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, guru-guru dan pengetua yang memimpin sekolah itu akan diberikan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan penanda aras yang ditetapkan.

‘‘Saya yakin SBT akan memberikan daya saing yang tinggi di kalangan pengetua.

‘‘Mesyuarat mengenai SBT baru bermula hari ini dan konsep serta modus operandi mengenainya akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran pada 31 Julai ini,’’ katanya.

Tambah Mohd. Puad, selain konsep SBT perkara lain yang akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 31 Julai ini adalah pendidikan prasekolah sebagai pendidikan kebangsaan.

Sementara itu Noor Rezan ketika ditanya sama ada SBT akan melibatkan sebarang peruntukan, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai peruntukan untuk SBT.

(Sumber :  Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s