PTPTN Tawar Perubahan Pinjaman Berkonsepkan Ujrah

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat perubahan pinjaman pendidikannya kepada pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah atau “wang upah”.

Pembiayaan berkonsepkan Ujrah yang menggenakan upah satu peratus setahun mula dilaksana kepada pelajar baru yang pinjaman mereka diluluskan pada 22 Dis 2008.

“Bagi pelajar-pelajar lama, penawaran Ujrah ini akan dilaksana secara berperingkat bemula Ogos ini dan pelajar yang layak menerima tawaran itu akan dimaklumkan menerusi SMS daripada PTPTN,” kata kenyataan akhbar perbadanan itu di sini Khamis.

Perbadanan itu berkata peringkat pertama melibatkan 20,000 pelajar yang pinjaman mereka diluluskan secara online mulai Jun 2008 hingga 21 Dis 2008, serta pelajar yang sedang meneruskan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sastera di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar yang tidak menerima wang pendahuluan pinjaman.

Pelajar yang berada dalam kategori ini perlu membuat semakan menerusi laman web PTPTN, serta mengambil tindakan seperti yang diarahkan, termasuk mencetak dokumen tawaran dan melengkapkannya sebelum menghantar dokumen itu kepada PTPTN untuk tindakan lanjut dalam masa 30 hari daripada tarikh tawaran pada 1 Ogos ini, katanya.

Bagaimanapun PTPTN berkata tawaran itu hanya akan diberi kepada peminjam yang masih menuntut, dan peminjam yang telah tamat pengajian serta tidak mempunyai tunggakan bayaran balik kepada PTPTN.

“Peminjam yang diambil tindakan undang-undang tidak akan ditawarkan pembiayaan berkonsepkan Ujrah, sebaliknya akan diambil tindakan berdasarkan prosedur perundangan seperti yang telah ditetapkan,” katanya.

Mana-mana pelajar yang layak tetapi tidak menerima tawaran pada kali ini akan menerima tawaran pada peringkat seterusnya.

“Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-20927788 atau layari laman web http://www.ptptn.gov.my,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengurangan caj pinjaman PTPTN daripada tiga peratus kepada satu peratus berkuatkuasa 1 Jun 2008.

(Sumber :  BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Pinjaman / Loans. Bookmark the permalink.

One Response to PTPTN Tawar Perubahan Pinjaman Berkonsepkan Ujrah

  1. sha says:

    xphm sbnr nye ia bkonsep kan wang upah yg macam mana 2..??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s