Biasiswa Nasional : Creme De La Creme

Biasiswa Nasional : Creme De La Creme

Mengulas mengenai pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang pelajar terbaik, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dimulakan tahun depan dengan mengambil kira keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2009.

“Kementerian sudah putuskan untuk melakukan penggredan semula, sistem pemarkahan dengan gred baru. Kita akan pilih pelajar yang terbaik antara yang terbaik, `creme de la creme’ daripada keseluruhan pelajar dan ia akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Penilaian pelajar-pelajar tersebut, jelas beliau, akan ditentukan oleh jawatankuasa khas yang akan dibentuk.

Dalam perkembangan lain Muhyiddin berkata kurikulum baru mata pelajaran di sekolah akan digubal untuk menjadikan proses pembelajaran lebih holistik, kondusif dan menyeronokkan.

“Pendekatan baru ini untuk menjadikan pelajar lebih profisien selaras dengan dasar baru kementerian; memartabatkan Bahasa Melayu dan mengukuhkan Bahasa Inggeris. Ini akan menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata,” katanya.

(Sumber : BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Biasiswa / Scholarships and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s