Khidmat Masyarakat Bagi Individu Yang Ingkar Menyertai PLKN

Bermula dengan pengambilan akhir tahun ini, individu yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara dan denda.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, hukuman baru itu adalah selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang dikuatkuasakan 1 November lalu.

“Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2009 ini akan bermula bagi panggilan kemasukan pelatih Kumpulan 1 Tahun 2010.

“Kesan pindaan ini adalah para pelatih yang ingkar untuk menjalani PLKN apabila notis panggilan disampaikan akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat jika sabit kesalahan,” katanya.

Seramai 6,804 pelatih gagal melaporkan diri untuk menyertai PLKN sejak program itu diperkenalkan pada 2003.

Mengikut hukuman asal yang diperuntukkan, para pelatih yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan akta berkenaan, terdapat dua jenis pelatih ingkar iaitu di bawah Seksyen 18 apabila tidak melaporkan diri terhadap notis panggilan yang diberikan dan Seksyen 19 kerana melarikan diri semasa menjalani PLKN.

Abdul Hadi berkata, pindaan hukuman tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan para pelatih mempunyai rekod buruk sehingga menjejaskan masa depan mereka.

“Secara amnya, hukuman khidmat masyarakat ini melibatkan apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam.

“Pelatih yang dikenakan hukuman ini jika sabit kesalahan turut tidak akan terlepas daripada menjalani PLKN,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia turut tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah.

(Sumber : Bernama)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Khidmat Masyarakat Bagi Individu Yang Ingkar Menyertai PLKN

  1. siyn says:

    is it the e-mail of JLKN is ??
    it says undelivered when i tried to mail them.
    can som1 tell me??? i don’t know much about the e-mail thing.

    i can’t get thru another website of yours.http://www.bumigemilang.com/

    and this khidmat masyarakat, it’s been confirmed or not yet???
    still need to go to PLKN after the khidmat masyarakat finish???

  2. siyn says:

    [ccentre @khidmat negara .gov .my], is it this one for questioning??
    i hav no other reason just to ask is it this e-mail add coz i cant get thru it.
    tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s