Masalah Kekurangan Guru Diatasi Sebelum Sesi Persekolahan Baru Bermula

Masalah Kekurangan Guru Diatasi Sebelum Sesi Persekolahan Baru Bermula

Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan waran guru sandaran tidak terlatih (GSTT) pada bulan ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru sebelum sesi persekolahan baru bermula Januari tahun depan.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata persediaan awal ini bagi mengelakkan ada kelas-kelas tertentu tidak dapat dijalankan ekoran tiada guru yang mencukupi di sekolah yang terlibat.

“Kita minta waran GSTT itu dikeluarkan sebelum bermulanya sesi persekolahan pada 3 atau 4 Jan depan untuk menggaji mereka yang dipilih bagi mengajar serta mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Ini adalah langkah persediaan supaya bila pelajar-pelajar masuk ke sekolah nanti, masalah guru akan dapat diatasi dan apa jua temuduga yang perlu dijalankan pada masa ini, kita akan jalankan pada penghujung tahun ini,” katanya.

(Sumber : BERNAMA)

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s