Cadangan Untuk Mewujudkan Sekolah Amanah 1Malaysia

Cadangan Untuk Mewujudkan Sekolah Amanah 1Malaysia

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar mewujudkan konsep ”Sekolah Amanah 1Malaysia” di negara ini dalam usaha memupuk semangat integrasi dan perpaduan yang bersifat dinamik di kalangan pelajar.

Presiden GPMS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, buat peringkat permulaan, sekurang-kurangnya satu sekolah jenis itu boleh diwujudkan di setiap koridor ekonomi negara, dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi pemegang amanah kepada sekolah itu.

Lima Koridor ekonomi negara terbabit ialah Iskandar Malaysia di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak ((SCORE).

“Malaysia memerlukan sekolah dan institusi pendidikan yang boleh dijadikan model untuk bangsa kita bergerak ke hadapan dan kewujudan ”Sekolah Amanah 1Malaysia” adalah tepat pada masanya,” kata beliau.

(Sumber :  Bernama)

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s