Biasiswa Sheikh Muszaphar-ACMS

Biasiswa Sheikh Muszaphar-ACMS

Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dengan kerjasama Kolej Sains Perubatan (ACMS) Sabtu melancarkan Biasiswa Sheikh Muszaphar-ACMS yang bertujuan membantu pelajar yang tidak memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang tetapi berminat menjadi doktor untuk meneruskan impian mereka.

Dr Sheikh Muszaphar berkata buat permulaan program itu akan membiayai 200 orang pelajar mulai tahun depan dan setiap seorang akan menerima kira-kira RM2,000 untuk memulakan pengajian di kolej tersebut.

“Dengan cara ini kita akan membantu mereka yang betul-betul berminat (untuk menjadi doktor). Mungkin perlu melakukan diploma dahulu seperti fisioterapi, nursing dan sebagainya. Ini (biasiswa) lebih untuk mereka mencapai impian mereka untuk menjadi doktor,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat motivasi kepada pelajar-pelajar dalam suatu program anjuran ACMS di sini Sabtu.

Beliau berkata beliau akan menjadi bapa angkat kepada pelajar-pelajar yang terpilih dan akan membimbing mereka secara langsung.

Pengerusi ACMS Datuk Dr Zainuddin Wazir berkata biasiswa itu akan membantu para pelajar untuk memulakan pengajian di ACMS dalam tempoh tiga bulan pertama, iaitu untuk makan-minum, keperluan harian, membeli tiket kapal terbang, membeli buku teks dan sebagainya, sebelum pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara pelajar diluluskan.

“Kriteria yang ditetapkan adalah sama dengan syarat kemasukan ke ACMS. Pelajar-pelajar yang berminat hanya perlu mendaftar dengan kami, tetapi pastinya pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan akan kami utamakan,” katanya.

Maklumat mengenai program biasiswa itu boleh didapati daripada laman web ACMS www.acms.edu.my atau melalui laman facebook Sheikh Muszaphar-ACMS Scholarship Fund.

(Sumber :  BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Biasiswa / Scholarships and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Biasiswa Sheikh Muszaphar-ACMS

  1. jcka says:

    saya jessica kenson dari kota kinabalu sabah,saya ingin memohon biasiswa sheikh muszaphar kepada pelajar yang kurang cemerlang tapi berminat menjadi doktor,bagaimanakah saya ingin memohonnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s