Cadangan Pendidikan Seks Di Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Akan Dibincangkan Bulan Ini

Cadangan Pendidikan Seks Di Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Akan Dibincangkan Bulan Ini

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan membincangkan cadangan memperkenalkan modul pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam mesyuarat majlis itu pada bulan ini.

Pengerusi MLKN Datuk Dr Tiki Lafe berkata mesyuarat majlis itu akan membincangkan pandangan dan maklum balas yang dikumpulkan dari pelbagai pihak oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.

“Kami mahu mengajar pelatih lebih daripada hanya penyakit HIV dan AIDS seperti yang dilakukan sekarang. Kami mahu memperkenalkan sebuah program yang lebih tersusun bagi mencapai objektif kami,” katanya.

Dr Tiki mencadangkan supaya istilah pendidikan seks diubah kepada pendidikan gender agar ia lebih diplomatik, menyenangkan serta tidak mengelirukan rakyat.

(Sumber : BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Cadangan Pendidikan Seks Di Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Akan Dibincangkan Bulan Ini

  1. Army says:

    Saya adalah salah seorang jurulatih menembak PLKN(Tentera). Saya ingin mencadangkan sediakan topi loreng sama seperti baju PLKN tu khas untuk mereka pelatih-pelatih menembak dengan mudah. Kita semua tahu menembak di Lapang Sasar tu panas apabila pihak PLKN menyediakan topi hutan untuk mereka sekurangnya baru la tak berapa panas sangat. Penggunaan Beret itu untuk masuk kelas bukan untuk menembak. Dan pengalaman saya baru-baru ini semasa nak menembak ada seorang pelatih PLKN ni tangan dia pernah patah dan tak mampu nak memegang senjata dengan kuat untuk menembak. Tangan dia patah semasa sebelum menyertai Khidmat Negara. Jadi apabila tangan dia patah adalah merbahaya untuk diri pelatih sendiri merbahaya juga untuk semua orang untuk mengendalikan senjata tangan kita mestilah kuat supaya laras senjata tidak kesana kesini.

  2. Dimana kem latihan plkn yg saya menjalani?

  3. Zac says:

    saya ingin mencadangkan bahawa kita tidak perlulah mengajar pendidikan seks kepada pelatih kerana mungkin akan ada ketidak senangan keluarga2 pada masa hadapan kerana mungkin ada segolongan meraka yang akan berpikiran negatif dan mungkin akan menimbulkan pemberontakan untuk tidak menghantar anak2 mereka ke kem tersebut…dan pelatih juga tidak perlulah diajar perkara sebegitu untuk mengelakkan fikiran mereka dipengaruhi sesuatu yang tidak diingini..mungkin sesetengah menerimanya dan ada juga yang meremehkannya…dan saya juga menpunyai cadangan supaya pelatih wirawati supaya tidak dibegitu rapat dengan pelatih wira kerana seperti yang kita tahu…lelaki mempunyai fikiran yang cetek..jadi untuk mengelakkan sesuatu yang bercanggah dengan agama kita perlulah mengasingkan pelatih wirawati…ini semua untuk keselamatan dan maruah pelatih itu…harap cadangan saya dipertimbangkan..XIII

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s