PLKN 2010 : 126 Peserta Gagal Melaporkan Diri Di Zon B Utara

PLKN 2010 : 126 Peserta Gagal Melaporkan Diri Di Zon B Utara

Seramai 126 peserta gagal melaporkan diri mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Zon B Utara bagi Kumpulan 1 Siri 7/2010 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Komandan Kem Taman Kepimpinan Gemilang Gopeng, Mejar Abd. Razak Wahab berkata, pendaftaran hari pertama hanya mencapai 80 peratus iaitu 423 orang daripada 549 peserta keseluruhan.

Menurutnya, kegagalan peserta melaporkan diri mungkin disebabkan pelbagai faktor dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengambil tindakan lanjut berhubung masalah tersebut.

Abd. Razak berkata, kesemua peserta yang telah melaporkan diri akan mengikuti latihan di empat kem di Selangor dan tiga di Pulau Pinang.

Jelasnya, empat kem di Selangor adalah Kem Bina Semangat, Kem Geo Kosmo serta Kem Pelangi Hill di Kuala Kubu dan satu kem di Rawang iaitu Kem Temasya Rimba Templer.

Tiga lagi kem di Pulau Pinang adalah Kem PLKN White Resort, Kem Sri Impian, Sungai Bakap dan Kem Syruz, Bukit Mertajam.

(Sumber : BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s