PLKN 2010 : JLKN Janji Program Menarik

PLKN 2010 : JLKN Janji Program Menarik

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menjanjikan pelbagai aktiviti dan latihan menarik kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, walaupun beberapa program berbentuk serius namun ia bakal dilakukan dalam suasana yang mampu menarik minat peserta.

“Ini bertujuan melahirkan remaja yang kuat fizikal dan mentalnya sekali gus menyayangi diri sendiri serta bertanggungjawab kepada keluarga dan negara.

“Kami akan menerapkan modul berdasarkan pengalaman agar mereka belajar daripada setiap pengalaman dilalui mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas kegagalan pelatih melaporkan diri pada hari pendaftaran program itu, Abdul Hadi berkata, kebanyakan mereka mendapat kelulusan daripada pihaknya.

“Sebagai contoh, kebenaran diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) ataupun mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tidak membenarkan mereka menyertainya.

“Namun, tindakan akan diambil kepada mereka yang tiada sebarang alasan tetapi gagal melaporkan diri,” jelasnya.

(Sumber : Utusan Malaysia)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to PLKN 2010 : JLKN Janji Program Menarik

  1. jae says:

    saya rasa kita tak perlukan pendidikan seks dalam plkn…apa kaitannya dengan perkhidmatan negara?? ya, mungkin saya seorang budak hingusan lagi, tapi saya sudah dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk..dan dari pe yang saya perhatikan banyak perkara buruk yang bakal menjengah sekiranya cadangan ini diluluskan..so, think about it deeperly, wahai pemimpin NEGARA ISLAM-malaysiaku tercinta!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s