Menggunakan Pendekatan Psikologi

Menggunakan Pendekatan Psikologi

Kerajaan akan menggunakan pendekatan psikologi bagi mendidik pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermasalah dan pernah terlibat dalam pelbagai gejala sosial.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelatih berkenaan yang kebiasaannya dipanggil menyertai PLKN bagi kumpulan tiga dan empat pada hujung tahun adalah terdiri daripada mereka yang telah bekerja.

”Kumpulan satu dan dua ini tiada masalah kerana mereka baru lepas sekolah. Yang bermasalah adalah pengambilan kumpulan tiga dan empat yang sering mengelakkan diri daripada menyertai PLKN.

”Mereka ini telah bekerja termasuk sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan sindiket peminjam wang haram atau ah long,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan yang digunakan dalam mendidik pelatih kumpulan tiga dan empat agak berbeza kerana pihaknya lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah psikologi bagi menggalakkan mereka menjadi wira dan wirawati kebanggaan negara selepas tamat latihan.

”Memang agak sukar untuk melatih mereka, jadi kita menyediakan jurulatih yang mempunyai pendidikan dalam bidang psikologi bagi mendekati golongan ini.

”Bagi pelatih lelaki, kita menggunakan pendekatan yang boleh menarik mereka untuk tidak menggunakan kekuatan fizikal manakala bagi perempuan, kita menggunakan cara yang lembut,” katanya.

(Sumber : BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in Khidmat Negara / PLKN and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Menggunakan Pendekatan Psikologi

  1. cM nae naK cri senaRai uRank y mCuk pLkn..??

  2. menteri says:

    jabatan latihan khidmat negara telah menaiktaraf laman web rasmi mereka. kepada mereka yang ingin membuat penyemakan terpilih atau tidak.. sila ke http://www.khidmatnegara.gov.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s